Umno Terengganu yang bina TDM, bukan PAS

- Advertisement -

KITA menerima berita berkenaan keuntungan yang dijana oleh Kerajaan Terengganu melalui TDM sedang dirancang oleh media PAS dan UPDI untuk diambil manfaatnya kepada PAS, bukan kepada Umno.

Oleh itu, saya dengan rendah diri memohon geng pro-Umno Terengganu cepat-cepat claim kejayaan TDM ini sebab nanti kalau dah pro-PAS masuk, habislah Umno.

Mereka ini budak-budak mentah yang tahu reka cerita sahaja sebab mereka pekerja kerajaan yang dapat kerja kerana politik, bukan kerana layakpun. Sudahlah tu asyik nak memfitnah saja kerja mereka.  Bukan seperti pro-Umno yang sedang berjihad melawan kezaliman PAS Terengganu.

- Advertisement -

Mohon bertindak sekarang, jangan hampakan Umno Terengganu ayuh!

Cadangan naratif ialah:

1. TDM adalah produk dari idea Umno Terengganu lama dahulu.

2. Sebenarnya bukan lebai yang jadi Pengerusi, tetapi mantan SUK, Dato’ Seri Bijaya Raja, Tengku Farok Husin Tengku Tengku Abdul Jalil, anak Terengganu, sebab itu untung besar. Bukan macam Raja Idris dulu, orang Selangor untung tidak banyak.

3. TDM berjaya untung sebanyak lebih RM0.6 bilion adalah kerana dasar kerajaan pusat yang membantu industri kelapa sawit. Kalau nak diharapkan TDM sahaja, mana mampu nak untung.

4. Keuntungan besar yang dijana oleh Kumpulan Medik Iman, anak syarikat TDM adalah kerana orang yang ramai sakit sekarang ini, bukan kerana TDM pandai berniagapun. Tapi tiada hati perut TDM ni sebab dengan orang sakitpun dia cari untung, Islam cara apa macam tu?

5. Kita patut berterima kasih kepada syarikat insurans kerana menyediakan pelan pembayaran perubatan kepada rakyat yang kurang mampu. Kalau nak diharapkan rakyat biasa hospital itu akan kerugian kerana tiada orang akan masuk

6. Jangan sekali-kali disebut berkenaan keuntungan pada zaman Umno kerana nanti jika mereka buat perbandingan, sakitlah kita nak menjawabnya.

Buat bodoh sahaja atau alihkan isu jika mereka ungkit kerugian kita dan isu TDM dikeluarkan dari kaunter syariah KLSE tahun 2015 dahulu.

Atau jika ada isu TDM menyewa bangunan Umno Terengganu dekat Masjid Putih hampir RM90,000 sebulan dahulu, sedangkan bangunan TDM sudah ada yang mungkin dimainkan PAS, harap jawapannya sudah ada.

MOHD NASIR ABDULLAH
18 Jun 2025 – HARAKAHDAILY 18/6/2025

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -