Solat hajat untuk Tuan Guru Abdul Hadi malam ini

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Semua cawangan PAS di Terengganu diarahkan untuk mengadakan solat hajat malam ini bagi mendoakan kesejahteraan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dijadualkan menjalani prosedur rawatan, esok.

- Advertisement -

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, solat hajat itu sebagai usaha memohon kepada Allah SWT agar segala urusan rawatan dipermudahkan dan beliau dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.

“Marilah kita bersama memanjatkan doa agar Allah SWT memudahkan segala urusan rawatan dan mengurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada Tuan Guru kesayangan umat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, anak Tuan Guru, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan bahawa ayahandanya akan menjalani satu prosedur rawatan pada 17 Jun.

“Insya-Allah, Ayahanda Tuan Guru akan menjalani suatu prosedur rawatan esok. Justeru saya mewakili pihak keluarga memohon agar didoakan kesihatan dan kesembuhan buat Ayahanda Tuan Guru,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/6/2025

- Advertisement -