
ISRAEL dilanda ribut pasir terburuk dalam rekod sejarah negaranya di beberapa wilayah selatan khususnya di Gurun Negev dan bandar Beersheba.
Cuaca ekstrem telah menjejaskan kawasan tengah dan sejumlah penduduk telah dievakuasi terutama di perbukitan Jerusalem termasuk kota Neve Shalom, Mevo Horon dan Eshtaol yang sedang dibadai kebakaran hutan dengan api turut merebak ke pangkalan tentera Israel.
Ketika kebakaran belum reda, Israel diterjah ribut pasir yang bergulung pasir dan debu menutup awan menjadi pemandangan gelap dan menyedut segala benda di laluannya dan mengubah siang menjadi malam suatu kejadian alam yang paling menakutkan.
Meskipun ia suatu fenomena meteorologi biasa di kawasan padang pasir, terutama di Gurun Sahara yang gersang.
Ia terjadi apabila angin kuat bertiup pada pasir longgar dan kotoran dari permukaan pasir ganti tanah yang luas dan kering seperti di Aftika Utara dan Semenanjung Arab, Iran, Pakistan, India dan China.
Ribut pasir dan debu kerap berlaku di sesetengah tempat di dunia, dan satu perempat daripada ribut yang berlaku berpunca daripada manusia, seperti dilapor media Xinhua sebagai memetik perbahasan dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Menangani Penggurunan (UNCCD).
Malahan Beijing yang dilanda ribut pasir terburuk dalam tempoh satu dekad mengakibatkan tahap penglihatan di ibu negara China itu merosot teruk.
Malahan lalu lintas sesak teruk termasuk ratusan penerbangan utama Beijing dibatalkan.
Ia menjadi lebih buruk apabila angin kencang bertiup dari Padang Pasir Gobi dan bahagian Barat Laut China yang sering berlaku pada Mac hingga April.
Namun fenomena ribut pasir yang dilaporkan media The Jerusalem Post, dan USMuslims.com bahawa ruang udara Israel diselubungi debu, habuk dan puing ribut pasir telah mengehadkan jarak penglihatan dan suhu tinggi serta angin kencang telah menyulitkan operasi pemadaman kebakaran sekali gus pergerakan orang ramai.
Situasi ini mencetuskan keadaan darurat di seluruh negara hingga membatalkan sambutan Hari Kemerdekaan dan majlis menyalakan obor tradisional pada hal peristiwa Nakbah Palestin.
Pihak berkuasa pasukan bomba dan tentera telah digerakkan untuk menangani situasi yang kian meruncing.
Mereka menagih bantuan antarabangsa dari Yunani, Cyprus, Itali, Croatia dan Bulgaria.
Namun Greece, Cyprus dilaporkan enggan menghantar pesawat pemadam kebakaran hutan besar yang sedang marak di berhampiran Baitulmaqdis yang diduduki kerana mereka turut berdepan kebakaran besar di negara masing-masing seperti dilapor media Israel yand dipetik di medsos.
Ribut pasir dan kebakaran memancu akal fikir manusia bahawa di atas langit terdapat langit tertinggi, iaitu pencipta manusia menegur kezaliman sesama manusia akan membawa bencana dan penderitaan. – HARAKAHDAILY 3/5/2025

Penulis ialah Psikososio yang juga Pakar Penasihat Wanita Kelantan.











