
SANDAKAN: Orang ramai khususnya daerah Sandakan, dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Zon Sandakan pada 27 April ini.
Majlis yang akan diadakan di Dewan Sri Libaran, Batu 7 akan bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 2.00 petang.
Lebih 20 jenis menu dan juadah akan disediakan kepada pengunjung yang hadir antaranya, kuih-muih, mi goreng, sup, roti jala dan lain-lain.
Selain itu, Pengerusi PAS Zon Sandakan, Sahar Abdul Majid akan menemui serta beramah mesra bersama para tetamu.
Katanya, penganjuran Rumah Terbuka PAS Zon Sandakan dapat mengukuhkan lagi jalinan silaturrahim dan penyatuan ukhwah antara rakyat pelbagai kaum dan agama.
“Oleh itu, apa tunggu lagi, pastikan hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama, memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Zon Sandakan, kali ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/4/2025











