Jahatnya khusus untuk bangsa dan agama sendiri

- Advertisement -

APABILA bangsa lain mahukan hak mereka, mereka bersatu, menekan, membuka ruang perdebatan perundangan sehingga mereka mendapatkannya. Tidak kira sama ada apa yang mereka dakwa sebagai hak itu mematuhi undang-undang atau tidak.

Dan apabila bangsa sendiri mahukan hak mereka yang benar yang dirampas secara zalim, maka akan timbullah bangsa sendiri yang akan menjadi penghalang kepada hasrat itu. Mereka akan menjadi hakim, pendakwaraya, saksi dan bukti-bukti yang walaupun tahu ia palsu, akan diberikan sebagai usaha membatalkan tuntutan hak itu.

Mereka sangat gembira apabila pihak sebangsa dan seagama mereka gagal untuk mendapatkan hak itu supaya tidak maju dan terhalang untuk melakukan kebaikan kepada orang lain yang memerlukan. Lebih malang, nasib agama juga terkesan kerana mereka. 

- Advertisement -

Inilah sejenis manusia durjana yang sangat dengki dan iri hati dengan kejayaan yang diperolehi. Apatah lagi terbukti yang tiada kejahatan, salah laku yang dibuat oleh yang menuntut hak itu. Si jahat ini sangat gembira apabila si penuntut itu gagal dan dinafikan haknya.

Selamanya akan ada sejenis manusia sebegini. Jahatnya khusus untuk sesama bangsa dan agama. Gembira melihat si kafir naik dan lebih berbahagia apabila melihat yang Islam jatuh. Apabila dinyatakan hasrat yang murni untuk membantu sesama bangsa dan agama, merekalah yang paling besar ketawanya, bukan mendoakan. 

Hatta kumpulan mereka sanggup mencari dalil bagi membenarkan pihak si kafir yang sudah terbukti berlaku zalim dengan mengambil hak orang lain. Demi beberapa ringgit, jangankan bangsa, agamapun mereka gadai. Dan dalil lain pula disyarahkan bagi menghalang cita-cita sesama bangsa dan agama mereka. 

Dan untuk menutupi perlakuan mereka, dituduh pula pihak musuh mereka sebagai pihak yang mempergunakan agama. Sedangkan jelas dan terang mereka menjadi abdi kepada kafir yang zalim. Buktinya mereka tidak duduk di dalam satu jemaah yang mempunyai sekumpulan besar ulamak, tetapi sekumpulan besar kafir yang mengawal mereka.

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun.

Kita akan teruskan usaha untuk mendapatkan semula hak kita. Ia adalah maruah kita. 

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 19/4/2025

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -