Fasa pertama naik taraf Padang Garam sudah siap

Kawasan reakreasi

- Advertisement -

KUALA KEDAH: Fasa pertama projek menaik taraf Padang Garam, di sini telah siap dan boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.

- Advertisement -

Projek melibatkan laluan sejauh 4.5 kilometer di persisiran pantai, boleh digunakan khususnya oleh masyarakat persekitaran untuk aktiviti rekreasi bersama keluarga atau rakan-rakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Keusahawanan, Dato’ Mohd Salleh Saidin berkata, projek fasa pertama itu telah siap beberapa hari menjelang Aidilfitri baru-baru ini.

“Selain itu, hutan, semak samun dan sungai berhampiran juga telah dibersihkan. Semuanya nampak cantik dan bersih,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan.

Terdahulu, beliau bersama pemimpin masyarakat setempat, turun meninjau kawasan berkenaan untuk melihat sendiri perkembangan selepas fasa pertama menaiktaraf selesai.

Dalam pada itu, fasa kedua dan ketiga akan diteruskan dalam tempoh masa terdekat.

Selain menjadi kawasan rekreasi, riadah dan tempat kanak-kanak bermain terutama di waktu petang, Padang Garam ini juga berpontensi menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

Ia juga akan menjadi destinasi pilihan pencinta alam kerana dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan.

Selain itu, ia juga berpontensi memberi nilai tambah kepada projek ekonomi masyarakat.

“Pakat mai (mari) ramai-ramai, kita sama-sama manfaatkan kawasan ini bersama keluarga.

“Mai petang-petang, jalan-jalan sambil tengok keindahan matahari terbenam. Tetapi saya nak pesan, pakat-pakat jaga kebersihan,” kata Dato’ Salleh. – HARAKAHDAILY 8/4/2025

- Advertisement -