
Sebagaimana dijangka, era kedua Presiden Donald Trump akan lebih agresif mendokong Zionis “Israel Hell” berbanding sebelumnya.
Trump mengisytiharkan akan merubah Gaza kepada pusat pelancongan seperti pantai Riviera di Perancis.
Trump memberi kata dua kepada Hamas, sama ada menyerah kalah dengan membebaskan tawanan serta menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pemerintah baharu atau berdepan dengan serangan dan menghalau keluar rakyat Palestin di Gaza.
Namun terdapat agenda tersirat di sebaliknya yang lebih besar dan perlu dilihat dengan kerangka yang luas iaitu Timur Tengah Baharu.
Donald Trump dan Benjamin Netanyahu berulang kali mengungkapkan istilah ini sebagai satu isyarat, inilah agenda sebenar yang sedang berlangsung iaitu penerusan agenda Imprealisma Barat dan Zionisme yang bermula sejak pra Perang Dunia Pertama dan berterusan sehingga sekarang.
Tujuan utama Imprealisme Barat adalah menguasai sumber ekonomi dunia melalui penguasaan ke atas sumber petrol dan gas yang terdapat di laut Gaza serta membuat laluan baharu kepada kapal-kapal perdagangan dunia sebagai alternatif kepada Terusan Suez di Mesir di samping menghapuskan Houthi di Yaman bagi menguasai Bab al-Mandab.
Manakala Zionisme pula habuannya ialah menguasai bumi Palestin secara keseluruhannya dan meluaskan jajahan negara haram “Isr4 Hell’ ke negara Timur Tengah lain.
Mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik perancang. Semoga Allah menggagalkan perancangan mereka dan memberi balasan setimpal di atas kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam.
YB Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
7 Syawwal 1446/6 April 2025











