
DARI Terengganu rupanya gas ni. Patut dapat LRT satu dah di Terengganu.
Tapi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) pun Terengganu bayar sendiri dulu. Harap Kerajaan Persekutuan dah pulangkan balik la duit Terengganu.
Cuma antara apa yang patut Terengganu dapat segera juga adalah LPT 3. Takkan la Terengganu nak kena dahulukan dulu peruntukan seperti LPT 2.
Bagi yang tak tahu LPT 3 adalah sambungan hentian akhir LPT 2 (Gemuroh, Kuala Terengganh) sampai ke Tumpat, Kelantan. Boleh terus laju bersambung ke zon ekonomi sempadan Malaysia dan Thailand.
Negeri pantai Timur dan wilayah Malaysia Timur (Sabah Sarawak) perlukan keadilan pengagihan sumber untuk turut sama maju seperti kawasan geografi lain yang telah lama mempunyai kelebihan.
Semangat Federalisme sepatutnya berlangsung secara harmoni. Harmoni terpilih atau balasan geng politik mesti dinoktahkan.
Kelantan pun, molek ada port pendaratan seperti Kerteh, Terengganu. Mungkin Tok Bali supply base perlu dinaik taraf. Atau dibuat kajian untuk diwujudkan dilokasi lain yang sesuai mengikut viablity. Mungkin Tumpat ke, tak la bertembung dengan Kertih. Punca gas tu daripada perairan Kelantan juga.
Hal-hal sebegini, pemimpin berminda negarawan akan buat tanpa pilih bulu. Tanpa secara halus wujudkan golongan cytro untuk crop & paste maklumat separuh masak untuk buat character assasination.
Mereka cytro ni hanya boleh menipu orang yang tak ada masa nak semak segala jurnal berkaitan isu ketidaksetaraan pengagihan ekonomi antara wilayah geografi ekonomi.
Mereka fikir Pelabuhan Kelang dan Butterworth tak ada kaitan ke dengan kemajuan geografi ekonomi negeri setempat ?
Semua tu ada kaitan dengan angka-angka KDNK. Bukan dia saja-saja sesuatu angka tu secara relatif boleh tinggi. Nak banding antara negeri perlu guna otak dan pemikiran seimbang untuk buat perbandingan.
Ketotokan politik binari takkan memandaikan masyarakat, bahkan ia manifestasi politik dendam serta tak demokratik yang merugikan Malaysia seluruhnya. Ini semua antara punca negara kita tak harmoni.
Politik binari dan dendam politik sebegini adalah gaya politik purba yang tak sepatutnya diteruskan.
Suburkan demokrasi, hormati pilihan rakyat. Politik matang, bukan politik dendam.
ZIKRULLAH ISMAIL
Aktivis Alam Sekitar
Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 3/4/2025
Sumber asal: https://www.facebook.com/share/p/1A7i7dWDFJ/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











