
Syukur ke hadrat Allah kerana kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa Ramadan, suatu tarbiah diri untuk mencapai taqwa. Kini, kita menyambut hari kemenangan dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan kepada-Nya.
Ramadan adalah bulan yang dipilih Allah untuk menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada seluruh alam. Islam membawa janji keselamatan bagi yang beriman dan peringatan bagi yang menolak kebenaran.
Dalam sejarah Islam, Ramadan menyaksikan dua peristiwa besar iaitu Perang Badar dan Perang Ahzab yang menyaksikan umat Islam diuji dengan cabaran musuh yang menentang kebenaran. Namun, kemenangan tetap milik mereka yang berpegang teguh kepada Islam.
Al-Quran memberi panduan bagaimana kita berinteraksi dengan semua manusia seperti mengajak kepada Islam yang adil dan berdamai dengan yang tidak melampau. Namun, permusuhan terhadap Islam tetap wujud kerana kebenarannya.
Islam adalah petunjuk sepanjang zaman. Ramadan mendidik kita untuk terus istiqamah bersama Islam, bersyukur atas hidayah, dan bersabar menghadapi ujian dunia. Semoga kita kekal dalam iman hingga akhir hayat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
تقبل الله منا ومنكم، كل عام وأنتم بخير.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS











