Tabung Serambi Mekah bantu rakyat memerlukan

- Advertisement -

TANAH MERAH: Tabung Serambi Mekah ditubuhkan pada Februari 1991 terus menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk terus menghulurkan sedikit sumbangan membantu rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang, Dato’ Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman berkata, langkah itu dilihat dapat meringankan kesusahan kehidupan rakyat semakin mencabar.

- Advertisement -

Beliau berkata, terbaharu pihaknya menghulurkan bantuan kepada lima penduduk ditimpa musibah seperti rumah terbakar, penyakit kronik dan terlibat bencana luar ramalan.

“Keprihatinan terhadap masyarakat kita yang ditimpa musibah terus menjadi keutamaan kita melalui Tabung Serambi Mekah, kita serahkan bantuan penerima yang diuji dengan kesulitan.

“Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil kita kepada mereka yang layak menerima bantuan,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial, Facebook beliau hari ini.

Terdahulu beliau turut berkongsi beberapa keping gambar kakitangan Pusat Khidmat DUN Temangan yang menyerahkan sumbangan dari Tabung Serambi Mekah kepada individu.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu inisiatif tersebut bagi meringankan beban dan memberikan sedikit kelegaan kepada isi rumah sedang berhadapan dengan ujian yang sangat berat.

Menurutnya Tabung Serambi Mekah merupakan salah usaha kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga, selaras dengan dasar Negeri Berkebajikan Kelantan. – HARAKAHDAILY 27/3/2025

- Advertisement -