World Quran Hour perkukuh hubungan umat Islam

Menteri Besar Kedah ketika melancarkan program World Quran Hour.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kempen World Quran Hour bukan sekadar menggalakkan pembacaan al-Quran, sebaliknya menekan kepentingan mengamalkan tuntutannya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, al-Quran merupakan panduan kehidupan seharian, merangkumi setiap aspek sama ada untuk diri sendiri,keluarga, masyarakat mahupun bernegara.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, al-Quran merupakan panduan kehidupan seharian, merangkumi setiap aspek sama ada untuk diri sendiri,keluarga, masyarakat mahupun bernegara.

Menurutnya, kempen World Quran Hour juga merupakan satu inspirasi untuk meningkatkan potensi diri serta sebahagian daripada jihad untuk mengukuhkan hubungan sesama Islam.

“Kedah sebagai negeri yang kaya dengan sejarah keilmuan dan warisan Islam, perlu menjadi contoh dalam memastikan al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi diamalkan dalam kehidupan seharian.

“Program ini diharapkan dapat menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa al-Quran adalah pedoman yang harus diamalkan dalam setiap keputusan dan tindakan yang dibuat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program World Quran Hour peringkat Kedah di Dewan Maktab Mahmud di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perpaduan, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, Dato’ Mohd Azam Abd Samat, menegaskan program World Quran Hour adalah sebahagian usaha menyusun dan mengukuhkan umat Islam dalam satu saf yang teguh, berlandaskan ilmu dan kefahaman terhadap Al-Quran.

Justeru itu, katanya pemilihan Surah As-Saff bersesuaian dengan tema #SavingTheUmmah untuk dijadikan pedoman sepanjang hayat.

“Dalam surah itu, Allah memberi ingatan kepada kita agar jangan menjadi golongan yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka perkatakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/3/2025

- Advertisement -