PH ‘gelabah’ cadangan pindah tempat mengundi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor dilihat tidak senang duduk dengan cadangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ab Halim Tamuri agar penduduk Selangor yang masih mengundi di Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk pindah mengundi di Selangor.

- Advertisement -

Penganalisis politik, Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, perkara yang dicadangkan oleh PAS Selangor itu adalah mengikut lunas undang-undang dan dibenarkan oleh peraturan pilihan raya.

“Bermula dengan Ahli Parlimen Ampang, YB Rodziah Ismail yang pertikai cadangan tu sebagai khianat, tapi tak sedar dia sendiri berasal dari Ipoh.

“Semalam, Ahli Parlimen Sungai Buloh YB (Dato’ Sri) Ramanan (Ramakrishnan) pulak yang meloncat. Tak pasal pasal dia kata PAS Selangor nak suruh penduduk negeri lain datang mengundi di Selangor.

“Sedangkan jelas PAS Selangor minta rakyat Selangor yang sudah lama bermastautin kat Selangor, tapi masih undi di Kedah Kelantan Terengganu untuk pindah mengundi kat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, adalah wajar untuk PH Negeri Selangor ‘gelabah’ memandangkan kelebihan dimiliki mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hanya 12 kerusi sahaja.

“PH ada 32 kerusi, Barisan Nasional (BN) ada 2 kerusi, Perikatan Nasional (PN) ada 22 kerusi. Patutlah gelabah tak tentu hala PH Selangor ni. Mereka bimbang PRU16 nanti PN akan tawan Selangor.

“Yang PH perlu takut bukan rakyat Selangor mengundi di Selangor, tetapi adalah prestasi Kerajaan Madani peringkat Pusat dan Selangor yang sangat buruk.

“Rakyat tengah geram dengan PH ni, tunggu masa nak humban korang. Tak caya ko tanya PMX (Dato’ Seri Anwar Ibrahim). Setiap kali dia buat kenyataan, emoji apa yang paling banyak?” sinisnya. – HARAKAHDAILY 17/3/2025

- Advertisement -