
RAMADAN itu seperti lautan—dalamnya rahmat, luasnya keampunan, dan di dasarnya ada mutiara yang hanya ditemui mereka yang mencari. Setiap malamnya, langit terbuka, doa-doa melayang ke arasy, dan Allah memilih hamba-hamba yang dibebaskan dari api neraka. Maka jangan pernah lupa tiga doa ini.
1. Doa keampunan dan pembebasan dari neraka.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku.”
اللَّهُمَّ أَعْتِقِ رِقَابَنَا وَرِقَابَ أَبَائِنَا وَأَمَّهَاتِنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, bebaskanlah leher-leher kami, ayah-ibu kami, dari api neraka.”
Nabi SAW bersabda:
«إِنَّ لِلَّهِ عُتَقَاءَ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، لِكُلِّ عَبْدٍ مِنْهُمْ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ»
“Sesungguhnya Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam Ramadan.” (Hadis Riwayat Ahmad, 7443, dinilai sahih oleh al-Albani)
2. Doa bertemu Lailatul Qadar.
اللَّهُمَّ بَلِّغْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ
“Ya Allah, sampaikanlah aku kepada malam Lailatul Qadar.”
Allah berfirman:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 3)
Ibnu Rajab berkata:
قال ابن رجب: “كان السلف يدعون الله ستة أشهر أن يبلغهم رمضان، ثم يدعونه ستة أشهر أن يتقبله منهم”
“Para salaf berdoa selama enam bulan agar Allah sampaikan mereka ke Ramadhan, dan enam bulan selepas itu agar amalan mereka diterima.” (Latha’if al-Ma‘arif, 264)
3. Doa agar amal diterima.
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Wahai Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 127)
Ibn ‘Umar berkata:
كانوا يجتهدون في العمل، فإذا فعلوه وقع عليهم الهم، أيقبل منهم أم لا؟
“Para sahabat bersungguh-sungguh dalam beramal, kemudian mereka bimbang, adakah Allah akan menerimanya?” (Tafsir Ibn Kathir, 1/471)
Maka, setiap malam Ramadhan, peganglah tiga doa ini. Moga kita bukan sekadar beribadah, tetapi diterima dan dibebaskan, insya-Allah.
DATUK DR. AHMAD MARZUK SHAARY
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa – HARAKAHDAILY 16/3/2025











