PMX sahkan tiada audit forensik Sapura Energy?

- Advertisement -

KAU ORANG perasan tak, belum pernah PMX keluar kenyataan atas nama dia. Semalam dia keluar kenyataan atas nama ‘Anwar Ibrahim’ dalam isu Sapura Energy Berhad (SEB). Gelabah barangkali. 

Dalam kenyataan tu PMX beri justifikasi pasal ‘bailout’ SEB. Macam biasalah makin dia ulas makin pening. 

Dalam point kedua, dia sebut ‘proses audit’ memang ada dibuat katanya. Cuma soalan yang berkali-kali ditanya oleh banyak pihak masih belum dijawab, mana laporan auditnya itu? 

- Advertisement -

Aku pun malas nak tunggu PMX, maka aku buatlah carian sikit. Hasil carian aku, aku jumpa, tapi bukan forensik audit tapi audit tahunan yang setiap syarikat buat. 

Dalam audit berakhir tahun kewangan 31 Januari 2024, firma audit EY telah mengesahkan beberapa perkara:

1. SEB mencatatkan kerugian terkumpul kumpulan dan syarikat adalah sebanyak RM518.7 juta dan RM430 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari.

2. Liabiliti semasa kumpulan dan syarikat telah melebihi aset semasa masing-masing sebanyak  RM14.528 billion dan RM2.173 billion dan SEB berhadapan dengan potensi kecairan yang teruk.

3. EY berpandangan kewujudan ketidakpastian material yang mungkin menimbulkan keraguan signifikan terhadap kemampuan kumpulan dan syarikat untuk terus beroperasi sebagai perniagaan yang berterusan

Dari dapatan audit oleh EY ini sebenarnya terdapat keraguan yang sangat tinggi terhadap kemampuan SEB untuk membayar semula pinjaman atau pelaburan strategik atau suntikan modal yang diberikan oleh kerajaan. Fahmi Fadzil take note. 

Jadi timbul persoalan, mana audit forensik yang dicadangkan oleh PMX masa debat dengan DS Najib Razak? Sebab audit tahunan syarikat yang dibuat oleh EY dan audit forensik adalah dua perkara berbeza. 

Audit forensik bertujuan untuk menyiasat kecurangan (fraud), penipuan, atau aktiviti jenayah kewangan dalam sesebuah syarikat. 

Audit tahunan pula bertujuan untuk mengesahkan ketepatan penyata kewangan syarikat agar ia mematuhi piawaian perakaunan yang ditetapkan.

Cuba kita baca kenyataan PMX semalam, ‘ketekunan wajar (due dilligence) tambahan akan dilaksanakan  dan dapatan ini akan dikongsi kepada agensi penguatkuasaan.’

Baca itu agensi penguatkuasaan… agak-agak audit mana yang akan bantu agensi penguatkuasaan buat kerja? Audit tahunan atau audit forensik?

Tadaaaaaa… itu dia pengesahan dari PMX bahawa sebenarnya audit forensik yang dicadangkan oleh PMX tak dibuat pun oleh PMX sebelum dia ‘bailout’ SEB. 

Lepas kena tekan baru PMX nak buat audit forensik. Itu pun kita biasa dah dengan janji-janji PMX. Dia cakap belum tentu dia buat.

Jadi RM1.1 billion dana negara diberikan kepada SEB tanpa ada sebarang forensik audit dan due diligence? Baru nak buat due diligence. Tapi duit dah beri. 

What’s going on in your head, Mr. PMX

Terakhir aku nak tanya, Rafizi Ramli mana? tertelan biji kurma ke? Bersuaralah sikit. 

Salam hormat.

Ir. Ts. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 14/3/2025

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -