KOTA BHARU: Lima anggota polis trafik yang tular di media sosial kerana membantu menolak sebuah bas milik syarikat Konsortium E-Mutiara Berhad pada hari Khamis sebelum Ramadan lepas telah menerima perhargaan, semalam.
Mereka menerima penghargaan daripada syarikat bas Konsortium E-Mutiara Berhad selepas membantu menolak sebuah bas berkenaan yang mengalami kerosakan gear di lampu isyarat Jalan Lembah Sireh menghala ke Jalan Telipot, di sini.
Malah, para anggota tertabit sama sekali tidak menduga akan menerima penghargaan tersebut kerana tindakan mereka dilakukan hanyalah menjalankan tanggungjawab semata-mata.
Koperal A Halim Jaafar, 39, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berkata, mereka bertindak selepas menerima laporan mengenai sebuah bas yang mengalami kerosakan pada kira-kira jam 6 petang, Khamis lalu.
Akibat kerosakan bas itu, telah berlaku kesesakan luar biasa pada hari berkenaan, beritahunya kepada media selepas menerima sijil penghargaan daripada syarikat berkenaan pada Khamis.
“Selain kami, ada juga beberapa orang awam turut menolak bas sejauh kira-kira 50 meter dari lampu isyarat Lembah Sireh menghala ke Jalan Telipot bagi melancarkan aliran trafik.
“Kami mengambil masa antara 10 hingga 15 minit bagi membolehkan bas itu berada di tepi jalan dan kenderaan mula bergerak lancar,” tambahnya.
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail, memuji tindakan pantas anggota polis trafik berkenaan yang bukan sahaja menyelesaikan masalah syarikat tetapi juga mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
“Tindakan pantas dan profesional mereka bukan sahaja menyelesaikan masalah syarikat tetapi berjaya mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kami menghargai dedikasi dan komitmen mereka dalam menjaga keselamatan dan keselesaan masyarakat,” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial video beberapa anggota polis trafik menolak bas yang mengalami kerosakan di sebuah jalan di Kota Bharu, yang mendapat pujian orang ramai kerana membantu mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Dalam pada itu, sebanyak 16, 454 tiket bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu laris apabila habis dijual dalam tempoh empat jam selepas dibuka untuk jualan bagi membolehkan perantau pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Che Ibrahim memaklumkan, tiket bas E-Mutiara paling laris adalah pada 28 Mac, manakala empat hari lain ialah 26, 27, 29 dan 30 Mac setelah pihaknya membuka jualan tiket secara atas talian bermula jam 12 tengah malam 1 Mac lalu.
“Bagaimanapun kesemuanya habis dijual kira-kira jam 4:00 pagi pada 2 Mac keesokkannya. Ekoran itu, ramai yang menghubungi kami pada pukul 9:00 pagi kerana gagal mendapatkan tiket pada tarikh yang mereka ingini untuk pulang berhari raya bersama keluarga di kampung” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada 315 asnaf di sini semalam.
Che Ibrahim turut memberitahu, bagi membolehkan lebih ramai perantau pulang berhari raya, pihaknya akan menyediakan bas tambahan membabitkan lebih 600 tiket.
Menurutnya, tiket berkenaan dijangka akan dibuka kepada orang ramai pertengahan Ramadan ini.
“Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan tinggi serta memastikan lebih ramai perantau dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman,” ujarnya. – *HARAKAHDAILY 7/3/2025*

“Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan tinggi serta memastikan lebih ramai perantau dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/3/2025