Pertandingan video pendek sempena TMK 2025

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pejabat Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, mempelawa Institusi Pendidikan Agama Islam di Kedah untuk menyertai pertandingan video pendek sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

- Advertisement -

Pertandingan itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu Maahad Tahfiz, Institusi Pondok, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri.

Termasuk juga Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang mendaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Pengerusinya, Dato’ Ustaz Mohd Azam Abdul Samad berkata, pertandingan itu bertujuan agar TMK 2025 ini turut dirasai oleh mereka yang terlibat dengan Institusi Pendidikan Agama, sama ada pelajar, pentadbir, mahupun alumni institusi tersebut.

“Video pendek itu sendiri akan memaparkan sejarah berkenaan sekolah masing-masing, penglibatan bersama masyarakat, tempat menarik sekitar sekolah serta pencapaian atau kejayaan sekolah berkenaan,” jelasnya pada kenyataan di sini.

Penyertaan dibuka bermula semalam, 23 Februari dan akan ditutup pada 25 Mac akan datang

Hadiah menarik ditawarkan iaitu berupa wang tunai berjumlah RM2,000 untuk tempat pertama, RM1,000 tempat kedua dan RM700 untuk tempat ketiga.

Manakala tempat keempat dan kelima pula, masing-masing akan menerima RM300 dengan hadiah-hadiah yang ditawarkan itu  melibatkan setiap kategori yang dipertandingkan.

Kepada Institusi Pendidikan Agama Islam yang berminat boleh layari
http://scnv.io/ZvxC?qr=1 untuk maklumat lanjut dan syarat pertandingan. – HARAKAHDAILY 24/2/2025

- Advertisement -