AI: Malaysia perlu bersedia hadapi cabaran industri masa depan

Datuk Ahmad Amzad Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) menekankan keperluan pelaksanaan yang lebih berkesan dalam AI Talent Roadmap 2024-2033 bagi memastikan pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang kecerdasan buatan (AI) berjalan lancar dan menyeluruh.

- Advertisement -

Beliau berpandangan bahawa langkah membangunkan bakat dalam bidang AI perlu lebih tersusun agar Malaysia bersedia menghadapi cabaran industri masa depan, khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara pihak akademik dan industri.

“Sejauh mana perancangan terkini kementerian di bawah hala tuju bakat AI Malaysia 2024 hingga 2033 bagi merancakkan pembangunan industri AI melalui usaha sama MMC Corporation Bhd untuk mengenal pasti bakat baharu serta merapatkan jurang antara industri dan akademik?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Dato’ Mohammad Yusof Apdal, berkata MOSTI dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah bekerjasama dalam pelaksanaan AI Talent Roadmap 2024-2033 yang selari dengan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan 2021-2025.

“Sebuah pusat penyelidikan AI telah ditubuhkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan peruntukan RM20 juta dan dijangka mempunyai 700 pelajar dalam program Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) serta program profesional dan kemahiran AI,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/2/2025

- Advertisement -