Aeroangkasa: Percepat sasaran RM1b menjelang 2030

Mohd Nazri Abu Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) menekankan kepentingan pembangunan ekonomi angkasa dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam sektor aeroangkasa serantau.

- Advertisement -

Beliau turut menggesa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) agar mempercepatkan usaha bagi mencapai sasaran ekonomi angkasa sebanyak RM10 bilion menjelang 2030, mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan, serta membangunkan 500 syarikat pemula teknologi angkasa.

“Sejauh manakah kesediaan kementerian untuk meneroka potensi pembangunan bakat tempatan perkaderan dalam bidang angkasa menerusi perkongsian sumber dan kepakaran dengan negara jiran?

“Ia sekali gus memacu sektor aeroangkasa negara serantau dengan peluang kerjaya bernilai tinggi bagi memenuhi keperluan masa depan dalam negara kita,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Dato’ Mohammad Yusof Apdal, berkata MySA sedang melaksanakan pelbagai program pembangunan angkasa di peringkat huluan dan hiliran berteraskan teknologi bagi meningkatkan keupayaan negara.

“MySA akan memperkukuhkan lagi pelbagai usaha bagi memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai, selain memastikan hala tuju yang jelas untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi angkasa negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/2/2025

- Advertisement -