
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang melaksanakan model ‘mentor-mentee’ dalam kursus bimbingan keusahawan bagi menyokong status ekonomi kaum wanita dan keluarga yang kehilangan ketua rumah tangga.
Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) berkata, langkah itu dilakukan kepada golongan tersebut yang manhu memulakan perniagaan kerjasama rangkai strategik komuniti perniagaan.
“Dalam usaha kementerian ini memperkasakan ekonomi wanita ibu tunggal dan asnaf, adakah pihak kementerian merancang untuk membangunkan model program mentor-mentee menerusi kursus-kursus.
“Ia seperti bimbingan keusahawan terutama kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan khususnya di kawasan Kuala Kedah,” katanya pada semasa mengemukakan soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri dalam jawapan berkata, biarpun tidak melaksanakan model tersebut secara terus, tetapi konsepnya tetap diamalkan.
Beliau berkata, usaha itu diterjemahkan melalui program Laman Wanita (LAWA) yang diperkenalkan Jabatan Pembangunan Wanita bagi mempertingkatkan lagi kemahiran dimiliki golongan berkenaan. – HARAKAHDAILY 17/2/2025











