
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menimbang pembinaan kampus institut pengajian tinggi (IPT) yang memberi fokus kepada bidang pertanian moden sains gunaan serta pendidikan teknikal di Baling, Kedah.
Hassan Saad (PN-Baling) berkata, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sahaja membuka lebih banyak peluang yang fokus kepada bidang pertanian tetapi juga peluang pendidikan kepada anak-anak muda di Baling serta pembangunan ekonomi.
Beliau berkata demikian ketika sesi membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
“Oleh itu saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya memberi perhatian sepenuhnya untuk membina kampus ini atau setidaknya kampus cawangan universiti dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) ini.
“Jika tidak apakah usaha kerajaan untuk memastikan akses Pendidikan tinggi yang boleh, yang lebih dekat untuk anak-anak di Kedah khusus di Baling,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/2/2025











