Produk China, Mexico, Kanada kini mahal di AS

Trump tidak peduli rakyat Amerika Syarikat menanggung beban kenaikan harga barangan.
- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menegaskan bahawa Amerika Syarikat (AS) tetap mengenakan kadar tarif baharu yang tinggi sebanyak 25 peratus ke atas barangani Mexico dan Kanada serta 10 peratus ke atas import dari China, dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh ketiga-tiga negara itu untuk menghalangnya.

Bagaimanapun, Trump merujuk potensi pengeluaran minyak dari Kanada, dengan mengatakan kadar itu adalah 10 peratus berbanding 25 peratus yang dirancang untuk barangan lain dari jiran utara AS.

- Advertisement -

Beliau menyatakan tarif yang lebih meluas ke atas minyak dan gas asli akan dikenakan pada pertengahan bulan ini – kenyataan yang menyebabkan harga minyak lebih tinggi.

Trump mengancam mengenakan tarif lebih tinggi selama berminggu-minggu, mengatakan ia akan dikenakan mulai 1 Februari dan kekal sehingga negara-negara itu melakukan lebih banyak lagi tindakan untuk membendung pengaliran pendatang dan dadah di sempadan AS.

Bercakap kepada pemberita di Pejabat Oval ketika menandatangani perintah eksekutif, Trump mengakui bahawa tindakan itu menyebabkan kos yang lebih tinggi ditanggung oleh pengguna, selain menyebabkan gangguan dalam jangka pendek.

Kebanyakan ahli ekonomi berpandangan cukai import yang begitu besar, dan kemungkinan tindakan balas, akan mengganggu aktiviti ekonomi di seluruh dunia.

Ditanya sama ada terdapat sebarang peluang pada peringkat ini untuk tiga rakan dagangan utama AS untuk mendapatkan penangguhan, Trump berkata: “Tidak, tidak. Tidak sekarang, tidak.”

Dia menolak tanggapan bahawa ancamannya mengenakan levi sebagai alat tawar-menawar. “Tidak, tidak … kami mempunyai defisit (perdagangan) yang besar, seperti yang anda tahu, dengan ketiga-tiga negara itu.”

“Ia adalah sesuatu yang kami lakukan, dan mungkin akan meningkatkan dengan ketara. Kami akan lihat bagaimana keadaannya,” kata Trump.

“Kami akan mengenakan tarif pada keluli dan aluminium, dan akhirnya tembaga. Tembaga akan mengambil masa lebih lama,” katanya. – REUTERS

- Advertisement -