
KUALA LUMPUR: Melayu akan kalah dalam pilihan raya umum (PRU) kerana tidak menggunakan akal.
Itu dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dato’ Lokman Adam, di bawah pimpinan presiden parti itu juga selaku Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Psikososio, Dr. Zulkeflee Yaacob berkata, dakwaan itu menarik perhatiannya mengulas dan berkongsi karya sebagai ahli psikologi dan psikolinguistik serta sosiolinguistik, iaitu perihal tingkah laku dan bahasa dalam fikiran serta masyarakat kerana fikiran kandungan bahasa dan bahasa pula wahana fikiran.

Tambahnya, falsafah bahasa dari sudut bentuk bunyi dan tulisan dalam apapun bahasa menjadi peristiwa bahasa yang merefleksi diri dan komuniti bahasa berkenaan.
“Ahli bahasa menjelaskan bahawa bahasa suatu alat membentuk minda, perasaan dan keinginan yang menjadi sistem berstruktur daripada bunyi vokal, seterusnya urutan bunyi atau tulisan untuk berkomunikasi dan berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi.
“Hubungan bunyi dengan makna dalam rentetan ujaran atau ucapan dan tulisan mengikut hukum tatabahasa,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, hubungan fungsi bahasa sebagai alat akal manifestasi individu daripada kandungan otak dan kalbu yang bermula dengan fikiran mempunyai pelbagai citra kepada konsep yang abstrak.
“Fungsi ini mewujudkan kerjasama dalam masyarakat kerana tanpa bahasa fungsinya tidak dicapai malah tiada kesatuan atau perpaduan dalam masyarakat kerana idea dan fikiran gagal difahami dengan berkesan,” ujarnya.
Beliau berkata, bicara Lokman dalam suatu diskusi memperlihatkan bahawa UMNO hilang kuasa total pasca-PRU kelak.
Menurutnya, beliaus mengenali agak dekat dengan Lokman khususnya bertamu dan menginap bersama di suatu premis waktu perhimpunan membantah ICERD dulu.
“Kami memang mempunyai akar kuat mendepani survival Melayu malah beliau menjiwai Melayu sebagai bangsa bermaruah. Itu dulu tetapi perkembangan mutakhir pascapenulis tidak lagi berinteraksi atau putus konteks Covid-19.
“Ideanya beliau pemegang taruh UMNO bimbang bangat UMNO hilang dari radar Melayu.
“Sebagai bekas rakan lama dan agak lebih senior hayat dan wadah berpolitik mengemukakan pandangan UMNO ditolak total orang Melayu atas prinsip dan pimpinan yang menerima DAP sebagai pihak eksekutif tadbir urus negara dikesan bukan lagi menyinggung,” ujarnya.
Sebaliknya, kata beliau mencetus kecelaruan dan tidak menghormati hal ehwal fasal 3 dan 11 tentang Islam sebagai Agama Persekutuan dan hak-hak istimewa Melayu Bumi selaras Fasal 160 Perlembagaan serta kontrak sosial.
Katanya, akar umbi UMNO masih berharap pimpinan balik ke pangkal jalan lurus atas prinsip parti membela agama, bangsa dah tanah air.
Beliau menambah, citra payung kuning dirobek melalui titah adendum disorok petanda rukun negara bawah prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam krisis getir.
“Tambahan isu tidak hormat lagu kebangsaan, Jalur Gemilang dipasang terbalik, perarakan bendera negara asal mereka, pengaiban kepada Islam melalui kalimah Allah pada stokin dan makanan sipi perasa khinzir tidak membendung gagalnya UMNO sebagai anggota eksekutif negara dalam menjaga survival ummah,” ujarnya lagi.
Tambahnya, UMNO perlu membina keyakinan pengundi melalui belajar dari kesalahan dan kesilapan malah menyusun strategi politik berasaskan kehendak majoriti penduduk, iaitu Melayu Islam yang bernaung di bawah muafakat ummah dan jemaah.
“Islam menyeru perdamaian dan kesatuan kerana janji Allah perpecahan hanya mengundang penderitaan dan kemudaratan umat Islam,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 21/1/2025











