Festival Filem Iran 2025 tayang lima filem percuma

Habibreza (kiri) ketika merasmikan Festival Filem Iran 2025 di GSC Mid Valley Megamall, hari ini.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Festival Filem Iran kembali ke Malaysia buat kali ketiga dengan tayangan sebanyak lima filem untuk ditonton secara percuma.

- Advertisement -

Kaunselor Kebudayaan Iran di Malaysia, Dr Habibreza Arzani berkata, filem berkenaan ialah ‘Dolphin Boy’, ‘In the Arms of the Tree’, ‘Fragrant’, ‘Goodbye Shirazi Girl’ dan ‘Captain’.

“Pawagam Iran berfungsi sebagai jambatan antara sejarah, budaya dan seni, menawarkan cerita universal tentang cinta, harapan dan keharmonian budaya.

“Festival 2025 menjemput penonton untuk berhubung dengan naratif yang mendalam ini,” katanya.

Dr Habibreza

Festival anjuran Pusat Kebudayaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur, dengan sokongan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia dan kerjasama Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Festival ini turut menyediakan peluang unik untuk mendalami seni perfileman Iran dan meneroka kekayaan mendalam budaya dan sejarah negara itu.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket secara dalam talian bermula dari 20 hingga 23 Februari berdasarkan kekosongan yang ada.

Tiket juga boleh ditebus di kaunter tiket pawagam GSC yang mengambil bahagian iaitu Mid Valley Megamall, MyTown Shopping Centre, Gurney Plaza Pulau Pinang dan Paradigm Mall Johor Bahru. – HARAKAHDAILY 21/1/2025

- Advertisement -