GIP-BlackRock tiada rekod urus lapangan terbang

Tunjuk kelemahan urus aset negara, beri kesan dividen pencarum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR:  Penjualan saham MAHB tidak hanya melemahkan pengurusan aset negara, tetapi turut memberi kesan langsung kepada pulangan dividen pencarum KWSP, PNB dan KWAP.

- Advertisement -

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menyuarakan
kecewaannya terhadap keputusan kerajaan menjual saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat asing, BlackRock. 

Syed Hasan Syed Ali sehubungan itu menyerahkan memorandum bantahan kepada tiga pihak utama termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Beliau mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu turut menyerahkan memorandum bantahan penjualan saham MAHB kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP)

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Jabatan Komunikasi Strategik KWAP, Nor Faridah Amin, di ruang legar tingkat bawah bangunan KWAP, di sini tengah hari tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa serahan keempat, iaitu kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB), akan dilakukan di Menara Merdeka 118 pada sebelah petang.

Antara yang hadir termasuk aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Elad; Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustaffa dan Naib Pengerusi UMMAH, Hishamuddin Abu Bakar. – HARAKAHDAILY 21/1/2025

- Advertisement -