
ALASAN sebelah sana sudah beralih dari ‘titah adendum tak wujud’ ke ‘ya, titah adendum wujud tapi tak sah sebab Peguam Negara dan kerajaan kata tak sah’.
Sebenarnya alasan terbaru mereka telah menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kononnya YDPA buta undang-undang atau telah langgar undang-undang tetapi berikut adalah masalah besar yang sedang kita hadapi.
Peguam Negara dan kerajaan kini berani mempertikaikan kesahihan titah YDPA yang berada di bawah hak mutlak dan budi bicara baginda seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hari ini, mereka persoalkan titah pengampunan.
Esok lusa, mereka boleh persoalkan titah lantikan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, dan pelantikan-pelantikan lain, termasuk pelantikan Perdana Menteri.
Selepas itu, mereka mungkin akan mempertikaikan titah pembubaran Parlimen dan pengisytiharan darurat.
Keputusan sama ada mahu melaksanakan titah atau tidak akhirnya akan bergantung kepada pendapat peribadi Peguam Negara dan kerajaan semata-mata.
Apa maksudnya? Kuasa YDPA berpindah kepada Peguam Negara dan kerajaan.
Jika dibiarkan, lama-kelamaan kita tidak lagi perlukan YDPA sebagai semak dan imbang.
Dan akhirnya, kita beralih menjadi sebuah Republik, bukan? Masih tak nampak bahaya ini?
Atau ini yang kau orang memang idamkan sekiranya kau orang tidak mahu memperbetulkan kemelut titah adendum hari ini?
LIM SIAN SEE – HARAKAHDAILY 8/1/2025
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/14vBJLGZSK/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.












