Jalan runtuh di Cheker perlu dibaiki segera – ADUN Gaal

- Advertisement -

PASIR PUTIH: ADUN Gaal, Ustaz Mohd Rodzi Ja’afar melakukan lawatan kerja ke kawasan Cheker untuk meninjau keadaan jalan runtuh yang memerlukan tindakan pembaikan segera, semalam.

- Advertisement -

Cheker merupakan laluan utama ke pusat peranginan Air Terjun Lata 7 yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Kawasan ini juga begitu dikenali kerana terlibat dengan laluan projek mega Rel Laluan Pantai Timur (ECRL).

Rodzi memberitahu, kawasan Cheker turut dikenali sebagai lokasi hasil hutan pelbagai, termasuk tanaman durian Musang King yang menjadi kebanggaan kawasan tersebut.

Menurutnya, tinjauan ini dilakukan bagi mencapai kesepakatan untuk membaiki kawasan ini dengan segera khususnya kerosakan jalan.

Maklumnya, beliau bersama penghulu mukim mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan dan kontraktor berkaitan untuk membaik pulih kerosakan berkenaan.

“Usaha ini akan membantu menyelesaikan masalah penduduk Cheker, selain memberi manfaat kepada komuniti setempat dan sektor pelancongan kawasan Gaal,” kata lagi.

Beliau turut berharap inisiatif ini dapat memacu kemajuan dan kesejahteraan masyarakat Cheker secara berterusan. – HARAKAHDAILY 7/1/2025

- Advertisement -