Bantah Kg Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia

Kampung Papan di Perak
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Concerned Lawyer of Justice (CLJ) melancarkan petisyen membantah Kampung Baru Cina diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

- Advertisement -

Beberapa Kampung (Kg) Baru Cina yang dikenal pasti oleh laporan Majlis Antarabangsa untuk Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) untuk di dicalonkan sebagai tapak warisan dunia bawah UNESCO.

Antaranya Kg Baru Berapit, Kg Baru Sg Jarom, Kg Baru Cha’ah, Kg Baru Pandamaran, Kg Baru Papan, Kg Baru Sekinchan, Kg Baru Sg Way, Kg Baru Rasah dan Kg Baru Titi.

Pengguna _Facebook_ dikenali sebagai Rafizah Cian Lin berkongsi mengenai bantahan petisyen berkenaan di laman sosial miliknya.

“Pencalonan Kampung Papan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO  jelas adalah satu usaha untuk mengiktiraf kampung baru dan warisan kebudayaan orang-orang Cina yang pada asalnya dibawa masuk oleh British dan Raja Billah  sebagai pekerja lombong bijih timah di Perak.

“CLJ berpendapat bahawa kesemua usaha ini dibuat untuk menonjolkan kebudayaan pendatang Cina yang datang ke Tanah Melayu yang berpotensi menafikan Nilai Universal Sejagat (OUV) warisan orang-orang Melayu, masyarakat Mandailing dan Orang-orang Asli di Kampung Papan seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 1 UNESCO,” katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencadang untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan itu.

Susulan itu katanya, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor akan membincangkan perkara terbabit dengan lebih teliti membabitkan kampung yang diteroka sejak tahun 1948 itu. – HARAKAHDAILY 31/12/2024

- Advertisement -