Perkembangan terkini dunia Islam (23 Dis 2024)

- Advertisement -

KAMI akan menyerang Iran. Ketua MOSSAD, David Barnea memberi bayangan sasaran Zionis Israel seterusnya adalah Iran. [1]

Menteri Luar Turkiye melawat Syria. Hakan Fidan, Menteri Luar Turkiye mengadakan lawatan mengejut ke ibu negara Syria, Damascus seterusnya bertemu dengan Ahmad al-Syara’ pemimpin utama pemerintah baharu Syria. – Turkiye memainkan peranan penting dalam perubahan politik di Syria dan dijangka menjadi pemain utama dalam memandu halatuju politik Syria pasca Basyar al-Assad.

Yaman terus diserang. Amerika Syarikat dan Zionis Israel melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi di Yaman sebagai respon serangan Yaman ke atas Tel Aviv dan Yafa. [2][3]

Serangan ke atas Jerman. Menteri Dalam Negeri Jerman mendedahkan individu yang bertanggungjawab dalam serangan ke atas orang awam di pasar perayaan Krismas pada hari Sabtu kelmarin adalah seorang yang anti Islam. Dalam serangan tersebut, 2 orang awam dilaporkan terkorban dan berpuluh lagi cedera. [4]

Angka kematian tentera Zionis Israel terus meningkat. Pejuang Palestin terus meningkatkan serangan ke atas tentera Zionis Israel di Gaza. Dalam serangan terbaru di kem Jabaliya seramai lima orang tentera Zionis terbunuh apabila beberapa orang pejuang melancarkan operasi khusus melalui serangan dengan hanya menggunakan pisau sebagai senjata. [5]

- Advertisement -

Sadio Mane dijangka berpindah ke Perancis. Khabar angin bertiup mengatakan bahawa bekas bintang Liverpool, Sadio Mane akan berpindah ke kelab kerdil di Perancis. Namun apabila disiasat, Mane masih lagi kekal dengan kelab al-Nasr, KSA. Khabar angin yang mengatakan pemindahannya ke Perancis hanyalah silap faham apabila beliau melawat sebuah kelab di Perancis yang dimiliki oleh ahli perniagaan dari negara asalnya Senegal. – Bekas bintang Liverpool ini mencatat nama antara penyerang terbaik EPL ketika khidmatnya dengan kelab ulung England beberapa musim yang lalu sebelum berpindah ke Saudi Arabia, khususnya gandingan mantapnya dengan penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah. Beliau yang merupakan anak seorang imam di sebuah wilayah terpencil Senegal terkenal sebagai seorang yang iltizam dengan agama Islam dan hidup bersederhana walaupun menerima bayaran gaji jutaan ringgit. Beliau juga terkenal dengan sifat pemurah yang sentiasa menderma untuk pembinaan masjid, hospital, sekolah dan membantu rakyatnya yang miskin. [6]

Akan zahir kumpulan yang mulia di kalangan rakyat Syria. Ayatullah Ali Khamanei, pemimpin utama Iran dalam ucapannya hari ini menyatakan bahawa rakyat Syria akan dapat melepasi ujian. Amerika Syarikat tidak akan mengizinkan Syria berada dalam keadaan aman; samaada meletakkan pemimpin boneka Barat atau mewujudkan kekacauan. Dalam masa yang sama akan lahir di kalangan rakyat Syria orang yang benar-benar memperjuangkan kemuliaan. – Iran menerima tamparan hebat ekoran kejatuhan sekutu rapatnya kerajaan Basyar al-Assad. Di sepanjang pemerintahannya, Iran menjadikan Syria sebagai sekutu strategik dalam pertembungannya dengan Zionis Israel. [7][8]

8- Kami tembak jatuh F-18 milik US. Yahya Sari’, jurucakap pejuang Houthi, Yaman menyatakan bahawa pejuang-pejuang kami menembak jatuh pesawat juang F-18 milik US. Beliau juga menyatakan, dalam serangan yang sama menyasarkan kapal induk dan kapal-kapal perang US di Laut Merah. Dalam perkembangan sama, pihak tentera US mengeluarkan kenyataan pesawat F-18 miliknya jatuh kerana kesilapan teknikal. [9]

Kedutaan Zionis Israel ditutup di Dublin. Ribuan rakyat Ireland meraikan penutupan kedutaan negara haram Israel di Dublin. Penutupan ini adalah satu kemenangan kepada rakyat Ireland yang konsisten bersoladiriti dengan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel. [10]

Semoga Allah menyatukan umat Islam dan memberi hidayah ke arah kemenangan memimpin dunia dengan keadilan Islam.

USTAZ DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negara PAS Pusat

23/12/2024- HARAKAHDAILY 23/12/2024

Rujukan:

[1]

https://www.aljazeera.net/news/liveblog/2024/12/22/الحرب-على-غزة-مباشر-معارك-محتدمة-3?update=7176805

[2]

https://www.aljazeera.net/news/2024/12/21/عاجل-وسائل-إعلام-تابعة-لجماعة-أنصار-2

[3]https://www.bbc.com/news/articles/cj30zk1jnmno 

[4]

https://arabic.rt.com/world/1630577-وزيرة-داخلية-ألمانيا-منفذ-هجوم-ماغديبورغ-له-مواقف-معادية-للإسلام

[5]

[6]

[7]

https://www.almayadeen.net/news/politics/السيد-خامنئي–الشعب-الإيراني-سيسحق-كل-من-يقبل-أن-يصبح-مرتزقة

[8]https://www.raialyoum.com/السيد-خامنئي-أمريكا-والكيان-الصهيوني/ 

[9]

https://www.aljazeera.net/news/2024/12/22/عاجل-المتحدث-العسكري-لأنصار-الله

[10]

https://www.aljazeera.net/news/2024/12/22/شاهد-احتفال-حاشد-في-آيرلندا-بإغلاق

- Advertisement -