
AMMAN: Enam penduduk maut manakala lima cedera parah selepas satu kebakaran berlaku di pusat jagaan warga emas pada Jumaat.
Kebakaran berlaku di tingkat satu pusat jagaan Persatuan Keluarga Putih yang menempatkan seramai 111 penduduk itu turut mengakibatkan 55 yang lain mengalami kecederaan ringan.
Pasukan keselamatan tiba lapan minit selepas menerima panggilan kecemasan dan melibatkan sebanyak 32 ambulans, trak bomba dan unit khas yang berjaya memadamkan kebakaran.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati kebakaran berpunca daripada salah seorang warga emas pusat berkenaan, walaupun sistem pencegah kebakaran baru-baru ini telah diperiksa dan berfungsi dengan baik.
Perdana Menteri, Dr Jaafar Hassan yang diiringi menteri dan pegawai kanan melawat mangsa yang cedera di Hospital Al-Bashir dan Totangi, sebelum diberikan taklimat terperinci mengenai kejadian tersebut dan langkah-langkah yang diambil di tempat kejadian.
Beliau mengarahkan pihak berkuasa untuk menyediakan semua bantuan perubatan dan perumahan diperlukan kepada penduduk yang terjejas dan untuk membuat susulan mengenai kesejahteraan mereka. – Agensi / HARAKAHDAILY 13/12/2024











