Pelaburan: Kedah juarai sektor pembuatan

Top 3 nilai pelaburan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan berjumlah RM32.6 bilion mengatasi Selangor iaitu RM15 bilion dan Pulau Pinang RM12.1 bilion.

- Advertisement -

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kedah juga telah merekodkan pencapaian sebanyak RM34 billion dalam pelaburan yang diluluskan.

Pencapaian itu melibatkan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024, dan sekali gus menjadikan Kedah berada di kedudukan ketiga di Malaysia.

Dalam pada itu, pencapaian 2024 juga berjaya mengatasi pencapaian tahun lalu iaitu RM22.6 billion dalam tempoh yang sama.

Peningkatan itu berikutan pertumbuhan iklim pelaburan di Kedah semakin baik dan dalam masa yang sama berjaya menarik perhatian pelabur untuk melabur di negeri itu.

Dengan pencapaian tersebut, Kedah berada di tempat ketiga dalam senarai kumpulan lima negeri teratas mengikut nilai pelaburan.

Lima negeri tersebut termasuk Selangor dengan pencapaian nilai pelaburan sebanyak RM66.8 bilion, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, RM63.9 bilion, Pulau Pinang RM22.6 bilion dan Johor RM18.1 bilion.

Dalam pada itu MIDA turut melaporkan, Malaysia telah meluluskan sebanyak RM254.7 bilion pelaburan pada September tahun ini, menandakan peningkatan stabil 10.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Prestasi kukuh itu mencerminkan momentum ekonomi Malaysia yang mampan didorong oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama,” kata laporan itu. – HARAKAHDAILY 12/12/2024

- Advertisement -