Institusi waqaf pemacu pembangunan tamadun Islam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sejarah membuktikan waqaf merupakan mekanisme penting yang berjaya membangunkan tamadun Islam dengan menyumbang kepada kebajikan umat sejagat.

- Advertisement -

Institusi waqaf telah melahirkan pelbagai institusi berprestij seperti Universiti Al-Qarawiyyin di Maghribi, Universiti Al-Azhar di Mesir, dan hospital Bimaristan di Baghdad.

Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Prof Dr Mazlan Ibrahim berkata, institusi-institusi ini menjadi simbol kejayaan ekonomi Islam dalam menyokong pendidikan, kesihatan, dan kebajikan masyarakat.

Oleh itu, usaha memastikan relevansi waqaf dalam era globalisasi menjadi tanggungjawab bersama.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian 1st Global Waqf International Conference (1stGWIC’24) di Kolej Universitu Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Speaker DUN Kelantan, Dato’ Sri Amar D’Raja Mohd Amar Abdullah.

Sehubungan itu, katanya perbincangan mendalam, usahasama strategik, dan tindakan konkrit perlu diambil bagi memastikan institusi waqaf kekal berdaya maju.

Mazlan turut menyatakan penghargaan kepada rakan kerjasama seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Universiti INCEIF, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), dan Asian Islamic Universities Association (AIUA).

Penghargaan turut diberikan kepada Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Dekan Profesor Dr Wan Sulaiman Wan Yusoff, dan Pengarah Program Dr Tuan Siti Mastazameatun Long Tuan Kechik atas komitmen mereka. Turut dihargai sumbangan dana oleh Dato’ Zamri Yaakob.

“Sokongan dan sumbangan tuan-tuan sangat penting dalam menjayakan 1st Global Waqf International Conference 2024 (1stGWIC’24),” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pembentang atas dedikasi mereka dalam memperkayakan wacana tentang waqaf.

“Kerjasama erat ini diharap dapat mencetuskan inovasi penyelesaian untuk kelestarian pembangunan waqaf.

“Konferens ini diharap menjadi titik tolak kepada usaha memperkukuh institusi waqaf sebagai pemacu pembangunan ekonomi dan kebajikan umat Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/12/2024

- Advertisement -