Jalan rosak akibat banjir akan dipulih segera mungkin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penduduk dan pengguna jalan diminta bersabar dengan keadaan jalan raya yang pecah dan berlopak akibat hujan lebat dan banjir yang melanda baru-baru ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah, berkata kerosakan melibatkan pelbagai kategori jalan seperti Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Majlis, Jalan JPS, dan Jalan Pertanian.

“InsyaAllah, pihak berkuasa yang berkenaan akan membuat senaraian dan membaiki kerosakan tersebut buat sementara waktu. Penyelesaian menyeluruh akan dilaksanakan selepas banjir pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru penduduk untuk menyalurkan aduan secara teratur kepada pihak berkuasa bagi memastikan kerosakan jalan dapat dimasukkan dalam senarai aduan untuk tindakan lanjut.

“Sebarang aduan amatlah diraikan demi kepentingan bersama,” tambah beliau dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri komited untuk memastikan infrastruktur jalan kembali pulih demi keselesaan dan keselamatan rakyat.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kalantan dianggar RM22.5 juta menurut Bernama, kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagi jalan negeri, terdapat empat lokasi terjejas mengakibatkan dua jalan runtuh, satu bahu jalan rosak dan satu jalan mendap dengan anggaran kos pembaikan RM6.5 juta. – HARAKAHDAILY 8/12/2024

- Advertisement -