Amaran hujan berterusan di 5 negeri bermula Ahad

Foto hiasan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Amaran hujan berterusan dijangka berlaku di lima negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor pada minggu depan bermula Ahad berlarutan sehingga Rabu.

- Advertisement -

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) berkata, peringatan tersebut membabitkan sebahagian Kedah, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Sik dan Baling.

Manakala di Perak membabitkan daerah Hulu Perak, Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain amaran hujan berterusan membabitkan keseluruhan Kelantan dan Terengganu, METMalaysia turut meramalkan Mersing dan Kota Tinggi bakal menerima hujan berterusan.

Ramalan tersebut berdasarkan analisis model-model cuaca terkini luruan Monsun Timur Laut dijangka bermula pada tempoh tersebut menyebabkan hujan di timur, utara, Sabah dan Sarawak.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan menyebabkan ombak mencapai ketinggi sehingga 3.5 meter yang sangat berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya pada kenyataan di laman sosial METMalaysia.

Orang awam turut dinasihat sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – HARAKAHDAILY 5/12/2024

- Advertisement -