Mangsa banjir bertambah, lebih 122,000 di PPS

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff melawat pelajar Kolej Komuniti Teknologi Mara (KKTM) Pasir Mas yang terpaksa ditempatkan di Halal Hub untuk keselamatan akibat terperangkap dalam banjir.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di sembilan negeri terus meningkat dengan jumlah yang direkodkan sehingga jam 10.00 pagi ini berjumlah 122,631 orang daripada 36,696 keluarga.

- Advertisement -

Menurut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), negeri-negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Johor, Melaka dan Perak yang melibatkan 35 daerah.

Mangsa banjir di Kelantan semakin bertambah iaitu 76,792 orang, diikuti Terengganu (34,682), Kedah (7,158), Negeri Sembilan (2,357), Perlis (520), Selangor (473), Johor (422), Melaka (207) dan Perak (20).

Sebanyak 23,826 keluarga daripada 10 daerah yang terlibat banjir di Kelantan berada di 276 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Terengganu, sebanyak 9,562 keluarga dari lapan daerah berada di 311 PPS, Kedah (2,199 – 49 PPS), Negeri Sembilan (651 – 21 PPS), Perlis (149 – 4 PPS), Selangor (119 – 2 PPS), Johor (126 – 9 PPS), Melaka (57 – 6 PPS) dan Perak (7 – 1 PPS). – HARAKAHDAILY 30/11/2024

- Advertisement -