Trend remaja cuba bunuh diri semakin meningkat

Dato' Sri Saifuddin Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Trend kecenderungan dan cubaan membunuh diri dalam kalangan remaja semakin meningkat dalam negara ini.

- Advertisement -

Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) berkata terdapat laporan yang menyatakan lebih 13 peratus peningkatan dalam isu tersebut.

Kata beliau, faktor yang menyebabkan masalah sebegitu untuk terus berlaku ialah berpunca daripada kemurungan seperti mana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan hari ini.

“Sekarang ramai remaja mudah terpengaruh dengan apa yang dilayari dalam media sosial. Maka, apakah strategi yang akan digunakan dalam platform media sosial bagi mengelakkan atau menenangkan remaja tersebut?” katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat Hari ini.

Menjawab persoalan tersebut, Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengusahakan perkara tersebut melalui platform utama media sosial iaitu Instagram, Facebook, Tiktok, Twitter dan Telegram.

“Kita juga akan menggunakan pempengaruh-pempengaruh seperti CD Ang yang mana walaupun beliau lebih berkongsi kepada makanan-makanan yang sedap tetapi juga terbuka untuk bercerita mengenai kesihatan mental ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/11/2024

- Advertisement -