Kempen ‘Jom Kosong’ masih belum berkesan

Dato' Rosol Wahid
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbezaan harga antara minuman bergula dan tanpa gula harus diwujudkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan menyokong kempen pengurangan gula dalam pemakanan rakyat.

- Advertisement -

Dato’ Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata, kerajaan perlu menilai semula keberkesanan polisi harga dua tahap ini dan memastikan akses rakyat kepada gula pada harga kawalan lebih mudah.

“Saya setuju supaya harga tanpa gula itu dikurangkan di setiap premis kalau boleh kementerian jalankan kempen supaya semua teh O kosong dan kopi O kosong juga turunkan harga. Jangan samakan harga dengan yang bergula dengan tanpa gula.

“Selain itu, kementerian yang memperkenalkan dua harga gula iaitu harga premium dan harga kawalan. Apakah tindakan kementerian menjadikan dua harga gula di kempen ‘Jom Kosong’ ini masih belum berkesan?

“Oleh kerana, kesannya terkena kepada rakyat yang hari ini susah untuk mendapat gula dengan harga kawalan dan terpaksa membeli gula premium,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh, menyeru orang ramai untuk melaporkan sebarang masalah berkaitan bekalan gula kepada pihak berkuasa.

“Jika tiada bekalan di sesuatu tempat pada satu-satu masa, ia mungkin bersifat lokal,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/11/2024

- Advertisement -