Ahmad Fadhli sedia dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Saya bersedia untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika ucapan berkaitan isu ‘Right To Exist’ tidak tepat.”

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, Perdana Menteri ketika itu diwawancara oleh CNN mengenai hak kewujudan negara haram Israel yang dilaporkan oleh pelbagai portal berita, termasuk Malaysia Now.

- Advertisement -

“Dalam laporan tersebut menunjukkan ketika wartawan CNN bertanya adakah negara Israel berhak untuk wujud dan mempertahankan diri, Perdana Menteri sendiri jawab ya,” katanya ketika sesi Perbahasan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, perkara ini sahaja yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ketika menjawab pertanyaan tersebut dan jelas mengelirukan.

Katanya, boleh jadi ia berpunca daripada provokasi wartawan CNN sendiri, tetapi tidak mengubah fakta bahawa Israel tidak berhak untuk wujud dalam dunia.

“Seharusnya Perdana Menteri perlu lebih tegas ketika menjawab soalan tersebut ketika diwawancara oleh wartawan tersebut sesuai dengan pendirian rakyat kita bersama-sama Palestin.

“Apalah sangat untuk kita menyatakan Israel sudah tidak ada hak untuk wujud dalam dunia pada hari ini kerana diasaskan melalui kezaliman yakni pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa?” katanya.

Beliau menegaskan bahawa suatu hari nanti, negara Palestin akan tetap merdeka dari segala cengkaman negara haram tersebut.

Katanya, mana-mana ahli Parlimen boleh membuat usul mengenai perkara tersebut dan tidak perlu membuat bising di luar. – HARAKAHDAILY 18/11/2024

- Advertisement -