KXP: Kementerian terima permohonan rasmi daripada Kedah

Afnan Hamimi Taib Azamudden
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kedah melalui suratnya bertarikh 21 Ogos 2024 untuk menubuhkan aerodrom bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

- Advertisement -

Buat masa ini, pihak CAAM dan MAVCOM sedang membuat penilaian teknikal dan kewangan ke atas permohonan tersebut.

“Setelah menerima laporan penilaian daripada kedua-dua agensi tersebut, pihak kementerian akan membuat keputusan berhubung permohonan ini,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) di Dewan Rakyat, semalam.

Afnan Hamimi dalam soalannya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan status terkini kelulusan untuk Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) beroperasi melibatkan kelulusan ruang udara. – HARAKAHDAILY 15/11/2024

- Advertisement -