Pelaburan: Kaitan dengan tenaga kerja dan modal insan

Datuk Awang Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) membangkitkan soalan berhubung dengan pelaburan yang berkait rapat dengan tenaga kerja dan modal insan.

- Advertisement -

“Soalan saya ini berkaitan dengan pelaburan yang berkait rapat dengan tenaga kerja yang disediakan dan juga modal insan.

“Bagi tahun 2023 dan 2024, berapakah jumlah pekerjaan yang berjaya dicipta seiring dengan nilai pelaburan yang telah diluluskan bagi kedua-dua tahun tersebut.

“Dengan jumlah tersebut, berapa peratuskah ia diisi oleh warganegara dan bagaimana pecahan pekerjaan tersebut mengikut setiap skill locas ataupun kemahiran,” kata beliau semasa mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong menjawab bahawa projek yang diluluskan biasanya mengambil masa setahun hingga 18 bulan untuk dilaksanakan dan selepas itu barulah pengambilan pekerja dilakukan dalam kilang atau projek tersebut. – HARAKAHDAILY 12/11/2024

- Advertisement -