Pastikan anggota pengaman PBB selamat

Dato' Ahmad Yahaya
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) dukacita susulan enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) cedera akibat serpihan letupan bom berdekatan Stadium Saida di Lubnan ketika dalam perjalanan dari Beirut ke Kem Marakah.

- Advertisement -

Beliau menyatakan rasa dukacita yang mendalam atas isu itu dan mengecam sekeras-kerasnya apabila keganasan dilakukan oleh rejim zionis Israel terhadap anggota pengaman Malaysia.

“Apakah tindakan kerajaan menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan keselamatan semua anggota pengaman PBB agar kejadian yang berlaku tidak berulang?

“Selain itu, apakah pasukan PBB boleh bertindak balas menyerang balas demi keselamatan diri. Minta pandangan kementerian,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin, berkata kementeriannya tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar atau menarik balik tentera tanpa persetujuan dan arahan daripada PBB.

“Kita akan memastikan bahawa misi penghantaran tentera berlandaskan dengan undang-undang antarabangsa dan juga arahan oleh PBB dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC),” katanya. – HARAKAHDAILY 12/11/2024

- Advertisement -