i-Reach Malaysia hantar makanan ke Gaza melalui Jordan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Angka korban rakyat  Palestin yang terbunuh akibat serangan ganas zionis Israel kini mencecah hampir 44,000, manakala puluhan ribu lagi tidak dapat dikesan khususnya di Gaza.

- Advertisement -

Jumlah kematian, kecederaan dan kehilangan tersebut dalam tempoh setahun serangan Israel terhadap Gaza.

Pengarah i-Reach Malaysia, Johan Ariff Ismail berkata, walaupun terpaksa berhadapan halangan pihaknya masih meneruskan edaran Ready To Eat Food hingga Disember tahun ini.

Menurutnya, sumbangan itu termasuk penghantaran gandum sebanyak 24 tan melalui jalan darat menerusi Jordan.

“Sokongan, sumbangan dan doa umat Islam amat dialu-alukan bagi menjayakan penghantaran bekalan makanan tersebut.

“Pintu Jordan antara laluan dan peluang yang masih ada untuk misi penghantarn bantuan untuk rakyat Palestin,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya juga penduduk Palestin memaklumkan mereka mengebumikan lebih 117 pendduk yang syahid terdiri daripada keluarga dan masih ada yang hilang di bawah runtuhan bangunan.

Johan berkata, maklumat itu diberi penduduk Gaza kepada wartawan yang membuat tinjauan di bumi Gaza.

Pihaknya juga turut menerima video-video menunjukkan kanak-kanak yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai di Beit Lahia selatan Lubnan yang merupakan sasaran terbaru zionis Latnatullah.

“iReach Malaysia mengutuk sekeras kerasnya sifat kebinatangan pihak zionis dalam pembunuhan genosid secara besar besaran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/11/2024

- Advertisement -