Azizulhasni berharap arena sukan negara terus maju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang berharap arena sukan negara akan terus berkembang maju dan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.

- Advertisement -

Beliau menyatakan baru-baru ini berkesempatan untuk berjumpa dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) untuk berkongsikan perancangan masa hadapannya.

Menurutnya, pihak MSN telah memainkan peranan yang amat penting di dalam perjalanan karier beliau selama ini.

“Pembabitan saya di dalam program MSN adalah sejak tahun 2004 apabila saya menyertai skuad pelapis negara di bawah jurulatih Russia, Nikolai Kletsov.

“Oleh sebab itu segala jasa yang ditaburkan tidak pernah saya lupakan,” ujarnya pada hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu juga amat gembira kerana kepimpinan MSN sekarang adalah jauh lebih baik daripada era sebelum ini.

Menurutnya lagi, barisan kepimpinan muda MSN juga banyak yang berbakat dan mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh.

“Ucapan ribuan terima kasih kerana menjadi tulang belakang kepada karier saya selama ini dan sentiasa menyokong apa jua perancangan yang saya tujui.

“Semoga arena sukan negara akan terus berkembang maju dan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 17/10/2024

- Advertisement -