Negara-negara selatan EU gesa gencatan senjata di Timur Tengah

Emmanuel Macron (tengah) menoleh ke arah Georgia Meloni (kiri) yang bercakap dalam sidang akhbar selepas sidang kemuncak MED9 di Paphos, Cyprus.. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

PAPHOS, Cyprus: Pemimpin dari sembilan negara Kesatuan Eropah (EU) di sekitar Mediterranean menggesa agar pertempuran di Semenanjung Gaza dan Lubnan dihentikan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni mengutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lubnan, sebagai sebagai ‘tidak boleh diterima’ – pendirian sama yang disuarakan oleh perdana menteri Sepanyol, Pedro Sanchez sebelum ini.

- Advertisement -

Ketiga-tiga negara itu bersama-sama mempunyai kira-kira 2,000 tentera dalam misi pasukan pengaman PBB (UNIFIL) di sempadan Lubnan, berkata tembakan kereta kebal Israel menyebabkan kecederaan dua anggota pengamannya semalam.

Ia berkata dua lagi cedera selepas ‘letupan’ berhampiran menara pemerhati hari ini.

Macron menyifatkan insiden itu ‘sama sekali tidak boleh diterima’ dan bahawa tentera PBB ‘sengaja disasarkan oleh angkatan bersenjata Israel’, dan tegasnya, Perancis kini ‘tidak akan lagi tidak akan bertolak ansur’ mengenai perkara itu, lapor RTE.ie.

Sanchez pula menuntut ‘semua keganasan’ perang Israel di Timur Tengah dihentikan terhadap pasukan pengaman di Lubnan, dan rakan sejawatannya dari Itali, pula Meloni berkata: “Ia tidak boleh diterima”.

Dalam satu kenyataan bersama kemudian, ketiga-tiga pemimpin itu menyatakan ‘kemarahan’ terhadap kecederaan pasukan pengaman dan berkata ‘serangan’ itu telah melanggar Resolusi Majlis Keselamatan 1701, yang mana hanya tentera PBB dan Lubnan akan hadir di paling selatan Lubnan.

“Serangan-serangan Israel itu tidak wajar dan perlu berakhir serta-merta,” tegas kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Zionis Israel berkata tenteranya melepaskan tembakan ke arah ‘ancaman’ dan mengenai pos UNIFIL. 

Sehari sebelum itu mereka berkata mereka telah melepaskan tembakan di kawasan pangkalan PBB, ketika pejuang Hizbullah beroperasi di kawasan itu.

Pada masa ini terdapat 277 kakitangan Ireland berkhidmat dengan UNIFIL di Lubnan. 

Pasukan Pertahanan berkata bahawa tiada seorang pun tentera Ireland terlibat dalam insiden yang melibatkan tentera Israel.

Sejak akhir bulan lalu tentera Israel telah meningkatkan operasi terhadap pejuang Hizbullah yang disokong Iran di Lubnan, ketika perang menentang sekutu Hizbullah, pejuang Palestin Hamas, berterusan di Semenanjung Gaza.

“Hanya beberapa kilometer jauhnya dari Cyprus, berlaku peperangan. Ia  situasi yang sukar,”  kata Presiden Cyprus Nikos Christodoulides semasa beliau membuka sidang kemuncak itu.

Dikenali sebagai MED9, kumpulan itu turut menghimpunkan pemimpin dari Portugal, Greece, Cyprus, Malta, Slovenia dan Croatia, bersama-sama dengan raja Jordan, Abdullah II, untuk pertemuan sehari di bandar Paphos.

Christodoulides berkata, MED9 menggesa agar permusuhan di Gaza dan Lubnan dihentikan, dan rundingan disambung semula.

Tambah Macron, ‘gencatan senjata ini amat diperlukan untuk kedua-dua Gaza dan Lubnan’.

Presiden Perancis itu menimbulkan kemarahan kerajaan Israel pada hujung minggu lalu dengan mencadangkan bahawa negara-negara sekutu Israel harus ‘berhenti menghantar senjata untuk berperang di Gaza’, sambil menyatakan bahawa Perancis tidak membekalkan senjata itu sendiri.

Pada sidang kemuncak itu, beliau berkata ‘menghentikan eksport senjata’ kepada Israel yang digunakan di Gaza dan Lubnan adalah satu-satunya cara untuk menamatkan pertempuran di sana. -Agensi/– HARAKAHDAILY 12/10/2024

- Advertisement -