KDN FC III nekad jejaki separuh akhir Piala Presiden

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC lll (KDN FC lll) akan memanfaatkan sepenuh peluang perlawanan suku akhir pertama Piala Presiden untuk berada di kedudukan selesa menghadapi suku akhir kedua.

- Advertisement -

KDN FC III akan berdepan dengan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17 pada perlawanan suku akhir pertama di Machang, hari ini.

Pengurus Kelantan Darul Naim FC III (KDN FC III), Azman Awang berkata, untuk mara ke perlawanan separuh akhir Piala Presiden perlu mencatat kejayaan pada pertemuan suku akhir pertama.

Katanya skuad AMD B-17 dibarisi pemain muda terbaik yang dikumpul dari seluruh negara.

“Kemenangan perlu dicari agar perlawanan kedua nanti KDN FC III tidak tertekan dalam usaha mereka untuk layak ke separuh akhir.

“Kami tidak boleh ambil mudah dan pemain kena berhati-hati supaya tidak dikejutkan di gelanggang sendiri,” katanya pada kenyataan semalam.

Menurutnya KDN FC III akan bertandang pula ke gelanggang lawan seminggu selepas ini.

Bagaimanapun beliau tetap optimis pemain kendalian Mohd Zaki mampu mengejutkan AMD B-17, sekali gus membawa kelebihan sebelum perlawanan suku akhir kedua.

“Saya mengingatkan pemain KDN FC III fokus dan tidak hilang tumpuan. Paling penting mesti mencipta semua peluang bagi membantu ketika berada di gelanggang AMD B-17 nanti,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/10/2024

- Advertisement -