Kelantan berjaya bawa pulang satu mata dari Johor

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC II (KDNFC II), Khairan Eroza Razali tetap melahirkan rasa syukur anak buahnya terikat 3-3 dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) baru-baru ini.

- Advertisement -

Dengan keputusan itu katanya, KDN FC berjaya membawa pulang satu mata dalam saingan Piala MFL 2024/25, malam kelmarin.

Menurut Khairan, pada aksi mendebarkan perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang itu, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang 90 minit masa perlawanan.

“Pada saingan ini, KDNFC II tiga kali mendahului lawan menerusi jaringan Zuasyraf Zulkieple pada awal babak pertama dengan Amirul Shafik serta Aiman Danial kembali meletakkan mereka di depan pada pertengahan babak kedua.

“Pada awalnya mereka di ambang kemenangan ketika perlawanan memasuki masa tambahan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, jelasnya anak buah Juan Munoz Miguel bangkit dengan jaringan penyamaan Aiman Danish dan Gabriel Nistelrooy serta penyudah saat akhir Alif Mutalib pada minit ke-95 untuk menyelamatkan JDT II dari kekalahan di gelanggang sendiri.

“Alhamdullilah, kita tetap berjaya mendapat mata walaupun hanya satu mata sahaja di Pasir Gudang. Pemain telah beraksi dan bermain bermati-matian untuk mencipta kemenangan.

“Tetapi sedikit kealpaan pada saat-saat akhir permainan telah mengecewakan pasukan,” kata Khairan.

Beliau bagaimanapun katanya, beliau bersyukur KDNFC II kutip satu mata dan tidak pulang dengan tangan kosong ke Kota Bharu.

Dengan keputusan yang diraih tersebut, skuad bawah 23 tahun Sang Kijang Emas turun satu anak tangga dalam carta Liga Piala MFL ke kedudukan kelima.

Walaupun dipintas Sri Pahang FC, namun masih mempunyai baki satu perlawanan dalam tangan. – HARAKAHDAILY 8/10/2024

- Advertisement -