PPR dijenama PRR, MEXCOPT bincang inisiatif baharu

- Advertisement -

KANGAR: Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini dijenamakan semula sebagai Program Residensi Rakyat (PRR) di Simpang Empat, dalam usaha menambah baik sektor perumahan dan kemudahan untuk rakyat.

- Advertisement -

Perkara itu sebahagian daripada agenda penting dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bersama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri-Negeri (MEXCOPT).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Asrul Aimran Abd Jalil turut serta dalam mesyuarat yang berlangsung di Pejabat KPKT di Putrajaya, semalam.

Menurutnya, beliau menyambut baik inisiatif baharu bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan pembangunan, termasuk sistem penilaian dan pemantauan yang mahu diadakan.

Maklum beliau, ia termasuk konsep lampu trafik di kawasan-kawasan pembangunan BP1 untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau projek dengan lebih berkesan.

“Beberapa inisiatif penting di bawah One Stop Centre (OSC) 3.0 Plus, termasuk Industrial Green Lane (IGL), Prerequisite (PR) dan Self-Regulation (SR), turut diperkenalkan.

“(Ia) untuk menambah baik proses perniagaan dan memastikan urusan perniagaan di peringkat PBT lebih lancar. Langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan dalam kelulusan projek pembangunan.

“(Iaitu akan) melalui keseragaman prosedur Pelan Pemajuan di semua PBT,” kata kepada _Harakahdaily_ ketika diminta mengulas mesyaurat tersebut di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, dua agenda utama mesyuarat telah dibehnangkan iaitu Blueprint Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal di Malaysia (2025–2035) dan Pemerkasaan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).

Maklumkan, ia melibatkan rancangan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya yang menjadi fokus perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Nga Kor Ming.

“Ia adalah medan penting untuk membincangkan isu perumahan dan kerajaan tempatan bagi memastikan kemudahan terbaik kepada rakyat,” kata Asrul.

Beliau juga berharap segala perancangan dan pelaksanaan projek yang dibincangkan akan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di negeri Perlis. – HARAKAHDAILY 2/10/2024

- Advertisement -