Dungun tidak tandus atlet wakili negara

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, daerah Dungun tidak ketandusan atlet.

“Bukti telah menunjukkan daerah Dungun tidak ketandusan atlet sukan bahkan ramainya atlet sukan Malaysia lahirnya dari bumi bertuah ini,” ujarnya dalam catatan di laman sosialnya.

Beliau menyatakan demikian susulan meraikan para atlet Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dari daerah Dungun yang telah mewakili negeri, baru-baru ini.

- Advertisement -

Katanya, majlis yang diadakan petang semalam itu bertujuan untuk mengenang jasa dan segala usaha gigih yang telah ditunjukkan oleh para atlet SUKMA 2024 dari Dungun.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, mantan ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun dan Pegawai Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ustaz Azman Syafawi Abd Rani.

Menurutnya lagi, walaupun SUKMA 2024 sudah berakhir tetapi semangat tidak akan pernah tamat.

“Saya doakan para atlet semua terus bermotivasi untuk berlatih bagi menebus kejuaraan kita pada 2026 nanti,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa. Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri.

Pada SUKMA 2024 yang berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos lalu, pasukan Terengganu menduduki tempat kelima dengan memungut 41 pingat emas, 36 (perak) dan 47 (gangsa).

Untuk rekod, jaguh berbasikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang adalah atlet kelahiran daerah Dungun. – HARAKAHDAILY 1/10/2024

- Advertisement -