Pemain kelahiran Brazil tambah ‘sengat’ serangan KDN FC

- Advertisement -

KOTA BHARU: Biarpun pemain Washington Brandao baharu menyertai Kelantan Darulnaim FC (KDN FC) namun berjaya membantu Layth Kharoub menjaringkan gol pertama ke atas JDT setelah lima pertemuan.

Kehadiran Washington melengkapkan skuad kendalian Park Jaehong setelah merekrut penyerang kebangsaan Myanmar, Aung Kaung Mann serta pemain sayap kelahiran Palestin, Layth Kharoub.

Washington berpengalaman dua tahun di Liga Malaysia, sebelum ini bersama kelab PJ City pada musim 2019-2020.

- Advertisement -

Pada dua musim itu pemain kelahiran Brazil tersebut beraksi baik untuk membantu K Devan menamatkan saingan di kedudukan pertengahan liga selain merekodkan lapan jaringan.

Sebelum berhijrah ke Liga Malaysia, dia memulakan karier remaja bersama kelab Brazil. Selepas itu direkrut Araguaina TO pada musim 2011 ketika berusia 21 tahun.

Washington mula melangkah ke Liga divisi kedua Denmark bersama HB Koge.

Washington Brandao dibawa masuk bersama KDN FC sempena jendela perpindahan kedua Liga Super pada pertengahan musim.

Perpindahan terbabit bagi menambah ‘sengat’ jentera serangan Sang Kijang Emas selepas melepaskan dua pemain yang menamatkan kontrak secara persetujuan bersama bulan lalu.

Difahamkan sebelum menerima kontrak daripada Sang Kijang Emas, Washington Brandao turut mendapat tawaran beberapa kelab di Malaysia serta negara lain.

Presiden KDN FC Rozi Muhamad berharap kehadiran sosok berusia 34 tahun itu membolehkan pasukan terbabit lebih mencerlah pada saingan Liga Super. – HARAKAHDAILY 25/9/2024

- Advertisement -