Temasya Oghang Kedah 2024 ditangguhkan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Temasya Oghang Kedah 2024 yang dijadual diadakan pada 26 September ini telah ditangguhkan, demikian maklum Pengerusi Jawatankuasa  Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, Dato’ Mohd Salleh Saidin.

- Advertisement -

Penangguhan itu katanya, berikutan banyak daerah di negeri ini terlibat serta dilanda musibah banjir.

“Mengambil kira keadaan di Kedah sekarang, ramai yang terlibat dengan banjir, kita memberi fokus dan tumpuan untuk membantu mangsa banjir dahulu walaupun persiapan telah dibuat,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Kata Salleh, Temasya Oghang Kedah 2024 yang asal dijadual bermula 26 hingga 29 September ini, merupakan pesta keraian berasaskan seni budaya masyarakat Kedah dan diadakan sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

Dalam masa yang sama, ADUN Kubang Rotan itu juga memohon kemaafan kepada pihak yang terlibat dengan temasya itu kerana penangguhan tarikh tersebut.

“Sebarang kesulitan, saya mohon kemaafan. Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Penganjur ini juga setelah ditimbang dari pelbagai sudut,” kata beliau semalam.

Berikutan itu ujarnya, satu mesyuarat akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh baharu untuk program tersebut.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman dan SK Simpang Tiga, Gunung Keriang. – HARAKAHDAILY 24/9/2024

- Advertisement -