
KANGAR: Pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) Kampus Perlis telah menganjurkan program Santunan Budi, Mesra Komuniti dengan kerjasama kariah Masjid Al-Ghufran Batu 2 Lama, di sini kelmarin dahulu.
Pengarah Program, Muhammad Naim Omar berkata, tujuan utama program ini adalah untuk mendidik dan membentuk peribadi anak-anak pelajar secara menyeluruh.
Iaitu jelasnya, dengan menekankan pengajaran nilai-nilai murni, pembangunan kemahiran sosial, serta sikap hormat dan tanggungjawab terhadap masyarakat.
“Program ini bertujuan memperkenalkan anak-anak kepada asas akhlak yang baik sejak usia muda, dengan fokus kepada nilai moral, hormat-menghormati dan tanggungjawab sosial,” katanya.
Acara melibatkan penyertaan seramai 30 orang kanak-kanak dari kariah Masjid Al-Ghufran, di mana pelbagai aktiviti dianjurkan untuk memupuk nilai-nilai tersebut.
Muhammad Naim turut menyatakan harapannya agar program tersebut mampu membentuk generasi muda yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap komuniti mereka.
Di samping beliau dan barisan fasilitator turut berharap agar peserta akan lahir dalam membantu mengukuhkan hubungan antara masjid dan masyarakat setempat.
“Program ini bukan sahaja memperkasakan komuniti melalui aktiviti bermanfaat kepada semua golongan, tetapi juga mendapat sambutan yang sangat positif daripada pihak masjid dan ibu bapa.
“Mereka menganggapnya sebagai satu inisiatif penting dalam memupuk akhlak dan kesedaran sosial di kalangan generasi muda,” tambah Naim. – HARAKAHDAILY 24/9/2024












